Sunday, April 15, 2012

inilah wanita sebenarnya :)



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
                                   
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .

sumber:facebook:)












                                    

Thursday, April 5, 2012

Let Bybone be Bygone

Memang perit rasanya hati ini jika harus melupakan orang yang paling kita sayang selepas Allah,Rasulnya,ibu bapa,keluarga dan rakan-rakan .Namun ,inilah hakikat yang harus diri ini tempuhi .Bagi yang mempunyai hati dan perasaan ,pasti proses melupakan adalah proses yang sangat rumit baginya..begitu juga aku.Melupakan sesuatu yang telah memberikan sejuta rasa dan beribu kenangan mungkin tidak mustahil untuk aku lakukan.Tapi , mmpukah aku ?. Its easy to say but not to do .Theres too many memories that time cannot erased.





Malah jika aku diberi pilihan , aku lebih rela untuk tidak mengenalinya daripada aku harus melupakannya .Malangnya ,nasi sudahpun menjadi bubur .Tidak ada yang harus dikesali , walau mengalir airmata darah sekalipun , masa tak akan berputar kembali .Bersabarlah wahai hati .Mungkin Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk ku .Namun ,hatiku sering bertanya ,masihkah ada orang yang akan menyayangiku seperti itu lagi ?mungkin ada ,tetapi tidak akan ada yang sama sepertinya .Amat sukar bagiku untuk melupakannya Tapi mungkin tidak baginya .Alangkah bahagianya jika hatiku & juga sepertinya ,mudah melupakan segalanya .BUT ..LET BYGONE BE BYGONE  ..Biarlah ku serahkan segalanya kepada PENCIPTA ku yang Esa ..kerana sesungguhnya warkah sulaman kasih ini khas ku tujukan buat sang Pencipta langit dan bumi kerana hingga saat ini masih lagi memberikanku sedutan dan hembusan nafas untukku mengucapkan rasa syukur setiap kali terjaga dari lena yang membuai .Juga warkah ini buat hambaMu yang sangat aku sayangi .




Sesungguhnya perasaan ini tidak akan hadir tanpa izinMu ..YaRabbana ,sungguh perit untuk aku menahan perasaan ini .Saban hari aku memohon agar dijauhkan perasaan ini ,agar tidak terhalang kecintaanku kepadaMu ..yaRahman , sekiranya perasaan kasih dan sayang serta rindu dalam hati ini ,menjauhi diriku dariMu ,menghalang untuk aku bertemu cinta denganMu , dan membuat Kau cemburu dengan kecintaanku terhadap hambaMu ,maka jauhkanlah perasaan ini ,jagalah hatiku ,peliharalah imanku ..agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu .. ^_^

Wednesday, February 22, 2012

JODOH OHH JODOH

10 PETANDA DIA JODOH KITA…

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, February 16, 2012

aurat di facebook

sekarang banyak post tentang aurat kat fb kann ?
kadang terasa jugak . rasanya aurat perempuan dah jadi isu kat fb sekarang ..
ramai pompuan pompuan yang upload gambar ta tutup aurat . termasuk saya sendiri .
tapi dah buang dah semua . takut lahh . hari hari dapat dosa . bukan hari hari . tapi anytime !!
time tidur pon boleh dapat dosa tau . semua sebab gambar kita kat fb yang tah pape tu . yela . kalau lelaki tengok aurat kita kan dosa tu . even kita ta online . cuba bayangkan kalau kita dah mati nanti . how ??
renung renungkan lahh . one more thing . bukan kita je yang dapat dosa . ayah kita pon tanggung sekali dosa kita . kesian lahh kat ayah kita .. ta percaya ?? haa . tengok ny .
ustaz Azhar Idrus sendiri yang cakap . so . fikirlah sendiri ye . sama sama kita perbaiki diri masing masing . ubah paradigma anda !!
tengok ny . power ranges pon tutup aurat . kita apatah lagi kann ?
hehe . lagi ?? tengok ny pulak . kucing pon menyampah tengok ..
gambar ny amek kat facebook . haha . selamat beramal semuaa !!

Friday, November 18, 2011

L O V E

i feel the same way you feel .
the same feelig you feel .
and everytime you pour your heart out ,
i smile endlessly because you speak of the same things i feel about you and me <3


                                                                                                                              LYSM !!





                                                  LOVE  LOVE  LOVE

Saturday, October 15, 2011

SucH A wOrd

                                                         awalnya aku tak percaya diri
                                                         dengan pakaian yan tertutup rapi
                                                          kwn2 berkata aku tak ''trendy''
                                                           tapi ayh berkata aku cantik 
                                                          begitupun umi....
             

                                                 wahai kawan yan bermimpikan sanjungan
                                               cantik bukan bererti buka-bukaan
                                               cantik bukan bererti selalu berdandan
                                                dan cantik bukan bererti seorang pujaan
                                               


                                               kuhulurkan jilbabku hinga terasa damai hatiku
                                   ku longarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
                                             ku lakukan semua itu demi cintaku pada Rabbku
                                             dan aku berbisik dalam hatiku
                                             semoga engkau bahagia melihatku
                                                       
                                         andai semua orang memahami , 
                                        cantik lahiriah bukanlah ukuran ,
                                         tapi cantik HATI memikat HATI semua orang
                                        dan yang utama berbudi pekerti
                                        seperti yang rasul contohkan.....            

Saturday, October 8, 2011

cinta

“ cinta adalah anugerah yang kuasa .
Yang bila terasa betapa indahnya . .
Sungguh lemah diriku ,  tak bererti diriku
Bila tak ada dirimu .. “

  Itu antara intro dalam lirik lagu popular  kumpulan dari
Seberang , yang mungkin  bagi  sesetengah orang tiada nilainya ,
Tapi jika kita menghayati sebetulnya , ia membawa 1001 erti berkaitan dengan hati kita .

“cinta”  terlalu subjektif untuk ditakrifkan . tiada kata dapat
Menggambarkan cinta sebenarnya . Adalah terlalu kejam untuk  mengungkapkan cinta yang zahirnya dari 2 hati dan di serasikan untuk lahirnya 1 perasaan yang sungguh hebat  .
Cinta itu pelbagai . banyak hubungan yang boleh disertai dengan cinta . cinta tidak mengenal siapa dan sesiapa sahaja layak merasai nikmat cinta . menjadi seperti syarat wajib , insan di dunia perlukan  “ cinta “ .

Usah menafikan perlunya cinta . ia seolah kita menafikan betapa agungnya cinta adam dan hawa , yang punya perasaan cinta sebaik sahaja mereka bersua . usah katakan tidak kepada cinta , ia seolah anda menidakkan betapa indahnya cinta Rasulullah dan para isteri yg disayangi .

Itu cinta antara 2 insan yg berbeza jantina , masih banyak “ cinta “ yang boleh di takrifkan . cinta kepada Allah , cinta antara anak dan ibu bapa , cinta antara rakan dan banyak lagi .
                       CINTA KEPADA ALLAH
Cinta paling agung . semailah cinta kita kepada-Nya tanpa mengenal jemu . sesungguhnya itulah Tuhan kita selamanya  .
Cintailah Tuhan kita sepenuhnya . nescaya keredhaan-Nya sentiasa akan diri kita . cinta tuhan maha kaya . banyak kelebihannya bila kita menyerahkan diri kita kepada-Nya , sesungguhnya hanya kepada-Nya tempat kita dan suatu yang pasti , bila sanpai masanya kelAK , kita akan kembali kepada-Nya .

                          CINTA KEPADA IBU BAPA
Cintailah kedua ibu bapa kita . cinta kepada ibu bapa boleh ditunjukkan  dengan melakukan pelbagai perkara . tidak sekadar mengungkap kata-kata , sertakannya dengan doa2 kesejahteraan yg boleh mendatangkan kebaikan utk orang tua kita .
Cinta pada ibu bapa ialah cinta tulus yang punya pertalian darah , cinta yg tak pernah mengenal susah senang , percayalah ,  walau apa pun yang terjadi , ibu bapa akan tetap berada di sisi kita walaupun ketika itu  kita sudah punya keluarga sendiri , malah lebih bermakna . walau apa pun keaadaanya jua , ibu bapa adalah segalanya bagi setiap manusia .

                                    KUASA CINTA 
Itu cinta yang agak zahir  . ada banyak lagi cinta yg boleh di cari , di rasa . Cuma kita yg mungkin tidak menemukannya , atau mungkin  memang kita yang tidak memerlukannya . mahupun kita sudah mempunyainya , namun tidak mampu merasakannya .
Cinta itu indah . sangat2 indah . siapa yg tidak dambakan cinta , yang punya kuasa sendiri , yang ada auranya yang tersendiri  . apabila cinta  mula merajai  antara ke2-2 pihak itu ,maka bakal menyalalah api cinta itu . menyalah berapi api , membara mengalahkan  senarang api di dunia .
Namun , jangan sedang asyik mengejar cinta , kita lupa bahawa kita adalah hamba kepada-Nya . jangan sedang asyik mrncari cinta , kita terlupa asal usul kita . carilah cinta yg sesuai dan  dapatkanlah cinta dengan sebetulnya . selepas itu percayalah . kita akan merasai “ kemanisan cinta “