Saturday, October 8, 2011

cinta

“ cinta adalah anugerah yang kuasa .
Yang bila terasa betapa indahnya . .
Sungguh lemah diriku ,  tak bererti diriku
Bila tak ada dirimu .. “

  Itu antara intro dalam lirik lagu popular  kumpulan dari
Seberang , yang mungkin  bagi  sesetengah orang tiada nilainya ,
Tapi jika kita menghayati sebetulnya , ia membawa 1001 erti berkaitan dengan hati kita .

“cinta”  terlalu subjektif untuk ditakrifkan . tiada kata dapat
Menggambarkan cinta sebenarnya . Adalah terlalu kejam untuk  mengungkapkan cinta yang zahirnya dari 2 hati dan di serasikan untuk lahirnya 1 perasaan yang sungguh hebat  .
Cinta itu pelbagai . banyak hubungan yang boleh disertai dengan cinta . cinta tidak mengenal siapa dan sesiapa sahaja layak merasai nikmat cinta . menjadi seperti syarat wajib , insan di dunia perlukan  “ cinta “ .

Usah menafikan perlunya cinta . ia seolah kita menafikan betapa agungnya cinta adam dan hawa , yang punya perasaan cinta sebaik sahaja mereka bersua . usah katakan tidak kepada cinta , ia seolah anda menidakkan betapa indahnya cinta Rasulullah dan para isteri yg disayangi .

Itu cinta antara 2 insan yg berbeza jantina , masih banyak “ cinta “ yang boleh di takrifkan . cinta kepada Allah , cinta antara anak dan ibu bapa , cinta antara rakan dan banyak lagi .
                       CINTA KEPADA ALLAH
Cinta paling agung . semailah cinta kita kepada-Nya tanpa mengenal jemu . sesungguhnya itulah Tuhan kita selamanya  .
Cintailah Tuhan kita sepenuhnya . nescaya keredhaan-Nya sentiasa akan diri kita . cinta tuhan maha kaya . banyak kelebihannya bila kita menyerahkan diri kita kepada-Nya , sesungguhnya hanya kepada-Nya tempat kita dan suatu yang pasti , bila sanpai masanya kelAK , kita akan kembali kepada-Nya .

                          CINTA KEPADA IBU BAPA
Cintailah kedua ibu bapa kita . cinta kepada ibu bapa boleh ditunjukkan  dengan melakukan pelbagai perkara . tidak sekadar mengungkap kata-kata , sertakannya dengan doa2 kesejahteraan yg boleh mendatangkan kebaikan utk orang tua kita .
Cinta pada ibu bapa ialah cinta tulus yang punya pertalian darah , cinta yg tak pernah mengenal susah senang , percayalah ,  walau apa pun yang terjadi , ibu bapa akan tetap berada di sisi kita walaupun ketika itu  kita sudah punya keluarga sendiri , malah lebih bermakna . walau apa pun keaadaanya jua , ibu bapa adalah segalanya bagi setiap manusia .

                                    KUASA CINTA 
Itu cinta yang agak zahir  . ada banyak lagi cinta yg boleh di cari , di rasa . Cuma kita yg mungkin tidak menemukannya , atau mungkin  memang kita yang tidak memerlukannya . mahupun kita sudah mempunyainya , namun tidak mampu merasakannya .
Cinta itu indah . sangat2 indah . siapa yg tidak dambakan cinta , yang punya kuasa sendiri , yang ada auranya yang tersendiri  . apabila cinta  mula merajai  antara ke2-2 pihak itu ,maka bakal menyalalah api cinta itu . menyalah berapi api , membara mengalahkan  senarang api di dunia .
Namun , jangan sedang asyik mengejar cinta , kita lupa bahawa kita adalah hamba kepada-Nya . jangan sedang asyik mrncari cinta , kita terlupa asal usul kita . carilah cinta yg sesuai dan  dapatkanlah cinta dengan sebetulnya . selepas itu percayalah . kita akan merasai “ kemanisan cinta “

No comments:

Post a Comment